Saturday, November 21, 2020

The Issue of Malay Land in KL

The following passage is taken from facebook and listed as written by Mak Sang Kelembai...



 https:m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219224406340752&id=1226460439&sfnsn=mo


Tanah hilang di Kuala Lumpur, salah DAP?


Tan Sri Annuar Musa sedang menjawab isu penjualan tanah oleh DBKL. Saya bersekolah di Gombak Lane, sekolah ditubuhkan pada tahun 1888 dan kini dikenali nama  Sekolah Kebangsaan Sultan Hishamudin Alam Shah  di depan Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia. 


2. Sebagai penduduk Kuala Lumpur, saya melalui pembesaran Kuala Lumpur. Antaranya soal bangunan dan tanah.


3. Semasa Wilayah Persekutuan di wujudkan yang ditiru dari Canberra, Austarlia dimana Ibu Negara Austarlia yang dijadikan Wilayah Persekutuan. Telah di persetujui antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan pembahagian tanah yang bermilik dan tanah tidak ada pemilik.


4. Kerajaan Negeri Selangor tidak hilang haknya atas tanah yang berstatus ‘state land’ termasuk tanah yang di serahkan kepada PKNS. Mana-mana tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (yang diistiharkan pada tahun 1972) akan terus kekal kepada DBKL. Dan mana tanah yang tidak ada status diserahkan kepada Pesuruhjaya  Tanah Persekutuan.


5. Jumlah keluasan Kuala Lumpur jika ikut kiraan lama ialah 94 batu persegi. Jumlah tanah yang menjadi hak milik Kerajaan Selangor, dan DBKL dan PTG masa itu  agak besar jumlah. Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menanggung kos setiap pembinaan bangunan yang telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.. Ini termasuk bangunan Sektetariat Selangor, Masjid, IPK Polis Selangor dan juga Hospital tetapi Hospital tidak diganti sampai sekarang.


6. Tetapi hari ini kebanyakan tanah sudah terjual kepada swasta oleh kedua Kerajaan ia itu Selangor dan Kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh tanah PKNS yang dahulunya tetapi sekarang menjadi Shoping Mall Lot 10. Dewan Bandaraya di zaman Elias Omar juga menjual tanah DBKL atas nama pengswastaan.. tetapi tidak ada satu pun pengswastaan itu menguntungkan orang Melayu.


7. Maka jangan salahkan DAP jika tanah Kerajaan di Kuala Lumpur sudah bertukar milik. Malah tanah yang tinggalkan oleh syarikat British kemudian di ambil alih oleh PERNAS bukan sedikit yang terjual kepada orang asing.


Semua ini dilakukan oleh orang Melayu. Bukan oleh orang lain daripada Melayu.


Sang Kelembai

November 19, 2020

Kuala Lumpur.

Pages - Menu